August 13, 2010

Ramai orang yang menyatakan sahabat itu teman sepanjang hidup.Namun mereka tidak pernah sedar akan bahayanya sahabat mereka itu.Sebahagian daripada sahabat kita adalah musuh kita sendiri.Sahabat sebegini ibarat api dalam sekam.Kitaa haruslah sering mengambil langkah berjaga-jaga sebelum terkena dengan muslihat sahabat yang tak berhati perut ini.Sesetengah sahabat hanya hadir di dalam kita kesenangan dan hilang pada saat kita kesusahan.Sahabat yang seperti ini tidak layak dijadikan sahabat.oleh itu,kita haruslah bijak untuk memilih sahabat.




berkawan mahupun mempunyai sahabat karib bukanlah slah,tetapi kita haruslah mengenali latar belakang sahabat kita itu.hal ini bertujuan agar tidak berlakunya ketidakfahaman antara kamu.Disamping itu,ada daripada sesetengah sahabat ini tidak dapat menerima luahan hati kita kepada mereka.ini kerana ada faktor luar yang mempengaruhi mereka seperti perasaan tidak berminat untuk mendengar luahan hati kita,rasa bosan,dan mempunyai masalah peribadi yang kritikal.Oleh itu,kita haruslah bijak untuk memilih masa yang sesuai untuk menceritakan masalah kita kepada mereka.



Selain itu ada sahabat yang benar-benar ikhlas untuk bekawan dengan kita dan mereka inilah yang menjadi pendengar setia kepada anda.Namun begitu,anda hendaklah berhati-hati kerana mereka ini mempunyai naluri sahabat yang tinggi.Mereka ini juga berkebolehan menjadi penasihat anda disamping menjadi kawan anda.Orang seperti mereka ini yang mementingkan nilai persahabatan ini akan mudah terguris hati jika anda melakukan kesalahan secara sengaja ataupun tidak sengaja.Di dalam konteks sahabat tidak perkataan yang menyatakan bahawa kawan itu menyusahkan.Sebenarnya kawan ini adalah pelengkap kepada kita seperti pasangan kekekasih.Sehubungan itu,sesiapa yang mementingkan nilai persahabatan ini tidak akan mudak memutuskan ikatan persahabatan semudahnya.



Ada daripada kawan anda yang memang prihatin kepada anda hinggakan masalah peribadi se[erti masalah keluarga pun dia sanggup tolong selesaikan inikan pula masalah yang remeh-temeh.kehidupan di dunia ini adalah persinggahn.sesungguhnya kita seharusnya menghargai sahabat kita bukanlah mengkhianati mereka.Hargailah mereka dan terimalah mereka denagan seadanya kerana setiap hamba Allah ini mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.Janganlah kita mempergunakan mereka hanya dengan tujuan tertentu sahaja.Percayalah bahawa Allah akan murka kepada kita yang melakukan sedemikian.



Justeru kita haruslah menghormati semua orang disekeliling kita tidak kira apa jua bangsa dan agama.Tamankanlah sifat ihsan dalam diri kita agar tidak terpesong dari landasan kebaikan.



No comments: