February 08, 2011

PerJAlanan KIni BErmuLA

Perjalanan aku yang baru bermula pada saat umurku mencecah 18 tahun tanggal 07 februari 2011 yang lepas.Pada tarikh keramat itu lah aku telah lepas daripada tanggungan kedua ibu bapaku.Walaupun begitu,dalam kegembiraan hatiku ini terselit kesedihan entah mengapa aku berasa sedih walhal aku perlu gembira dsaat itu.Hanya tuhan yang tahu apa yang aku rasa kerana bagiku menyambut hari kelahiran tanpa bersama ibu bapa tersayang mungkin satu kehilangan buat diriku.Namun begitu,aku rasa bersyukur kerana masih ada insan yang mulia hatinya untuk berkongsi kegembiraan denganku untuk meraikan ulang tahun kelahiranku walaupun bersederhana.Aku cukup bersyukur kehadrat illahi kerana dikurniakan umur yang panjang dan mampu lagi hidup dimuka bumi ini sehinggalah hari ini.Aku tahu perjalan ku masih panjang dan ini adalah permulaan segalanya.Aku teringat pesanan abgnda ku "umur dh 18,pndey2 mbak dirik" itulah kata-kata yang diungkapkan oleh abgnda ku.Akan ku ingat hingga bila-bila pesanannya itu.Ucapan dari kawan-kawan yang terdekat lebih-lebih lagi dari laman sosial FACEBOOK.Mereka masing-masing memberikan ucapan kepadaku hinggakan aku aku terasa terharu.Adakah itu satu penghargaan kepadaku?? mungkin ya dan mungkin tidak. Aku sungguh amat berterima kasih kepada mereka semua atas peringatan dan ucapan ikhlas mereka.Semoga mereka semua akan dirahmati tuhan.amin.Perjalanan kehidupan ku akan aku teruskan tanpa henti hinggakan aku mencapai apa yang aku inginkan kelak.Tiada siapa yang dapat menghentikan impian aku selain diriku sendiri dan itulah kunci kejayaan bagiku.Biar bersederhana asalkan dimulia.

No comments: